TISAS Academy Sdn Bhd

TISAS Academy  menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran dalam bidang spa, urutan, facial, solekan, manicure dan pedicure di Shah Alam.

Kami menyediakan kursus kemahiran jangka pendek bagi keperluan masyarakat Malaysia terutama sekali di negeri Selangor agar mereka menjana pendapatan dengan lebih mudah.

TISAS Academy telah ditauliahkan dibawah Pengurusan Sumber Manusia Berhad sebagai Penyedia Latihan.

Fokus kami ialah melahirkan generasi berkemahiran tinggi yang berinovasi terutama golongan wanita, ibu tunggal dan belia.

Organisasi Yang Bekerjasama Untuk Program Latihan Kemahiran

Objektif Program

Generasi Berkemahiran Tinggi

Melahirkan generasi berkemahiran tinggi. Tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata.

Jana Pendapatan

Latihan kemahiran yang dapat menjana pendapatan serta-merta.

Program Diiktiraf

Program diiktiraf PSMB dan dilatih oleh tenaga pengajar bertauliah.

Kurangkan Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran berkurangan dengan bertambahnya pendapatan. Peserta dapat menjana pendapatan bulanan RM1000-RM5000.

Penuhi Permintaan

Memenuhi permintaan setempat dengan menawarkan servis seperti urutan, rawatan selepas bersalin, facial dan solekan terus ke tempat pelanggan.

Bina Negara Maju

Memenuhi matlamat ke arah negara maju dengan melahirkan ramai tenaga pekerja berkemahiran.