Kursus Rawatan Selepas Bersalin

Kursus rawatan selepas bersalin dibuka kepada peserta di sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk melahirkan lebih ramai juruterapi mahir. Permintaan rawatan selepas bersalin di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Lembah Klang semakin meningkat. Setiap hari, seramai 1600 bayi dilahirkan di seluruh Malaysia dan ibu-ibu tercari-cari rawatan berpantang di rumah. Rebut peluang keemasan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang urutan dan menjana pendapatan bulanan yang lumayan.

Topik Kursus Rawatan Selepas Bersalin

  • Pengenalan kepada urutan Melayu
  • Kebaikan urutan kepada ibu selepas bersalin
  • Urutan selepas bersalin normal & pembedahan
  • Urutan mengandung
  • Urutan meroyan
  • Urutan keguguran
  • Sengkak
  • Bertungku
  • Berbengkung
  • Pengurusan uri
  • Penutupan pantang
  • Bertangas kering dan basah
  • Lulur
  • Mandian limau, susu, bunga
  • Senaman

Tempoh : 3 hari

Masa : 10 pagi – 5 petang

Kos Kursus RM1,500/peserta

Kelebihan Kursus Urutan Selepas Bersalin di TISAS Academy

Bahan, Nota & Sijil
disediakan

Peralatan serta barangan lengkap untuk kegunaan peserta di dalam kelas. Nota dan sijil disediakan.

Kelas
Mudah & Difahami

Kelas yang disediakan amat mudah untuk difahami serta ringkas. Ianya disertakan dengan latihan teori dan amali untuk setiap peserta.

Latihan
amali disediakan

Latihan amali disediakan buat peserta kursus agar peserta dapat merasai sendiri situasi sebenar semasa melakukan kemahiran yang dipelajari. Teknik asas jualan juga akan diterapkan agar mudah untuk dipelajari.

Semakan Kelayakan Anda

Wanita

21 – 60 tahun

Warganegara Malaysia

Minat yang mendalam

Jana

pendapatan