Kursus Solekan Profesional

(Berserta Pinjaman Hijrah Selangor)

Kursus Solekan Profesional merupakan salah satu Program Zero To Hero anjuran Hijrah Selangor khas untuk warga Selangor dalam usaha menambahkan lagi pendapatan rakyat Selangor.

TISAS Academy merupakan syarikat anchor lantikan Hijrah Selangor yang bertanggung jawab untuk melatih lebih ramai jurusolekan dan menjana ekonomi rakyat negeri Selangor.

Pinjaman khas diberikan untuk peserta yang berminat menyertai program.

Dengan kos pinjaman sebanyak RM4,000, peserta akan menerima latihan dan barangan solekan. Setelah mendapat latihan dan yakin dengan kemahiran dipelajari, peserta boleh terus menjana pendapatan dengan kemahiran dan barangan yang diterima.

Proses kelulusan pinjaman sangat mudah, mengambil tempoh seawal 14 hari.

Bayaran balik juga tidak membebankan, cuma RM43/ minggu.

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi Cik Salwaizzati 018-365 8988.

Topik Kursus Solekan Profesional

Topik yang akan dipelajari dalam kursus solekan profesional 2 hari ini adalah seperti di bawah. Setiap 2 bulan, peserta perlu hadir untuk kelas pemantapan sebanyak 3 sesi untuk memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Solekan
Profesional

Solekan siang/malam, solekan tunang, solekan nikah & perkahwinan.

Latihan Teori
& Praktikal

Pengenalan dan teknik-teknik solekan profesional beserta praktikal bersama model

Pengurusan
Pemasaran

Kaedah menguruskan perniagaan iaitu pengurusan pemasaran.

Kelebihan Kursus Solekan Profesional Anjuran TISAS Academy

Kursus Teori & Praktikal 2 Hari

Kelas diadakan secara intensif dan padat, penuh dengan ilmu teori dan kemahiran. Sesuai untuk wanita yang berminat dalam bidang solekan.

Barangan Lengkap

Barangan lengkap mula perniagaan disediakan. Peserta boleh jana pendapatan sebaik tamat kelas.

Pinjaman Disediakan

Tiada modal? Jangan bimbang. Pinjaman Hijrah Selangor disediakan. Bayaran balik serendah RM43/minggu. Lihat syarat kelayakan untuk pinjaman di bawah.

Sokongan dan Pemantauan

Sokongan dan pantauan selama 6 bulan akan diberikan terutama sokongan di atas talian.

Kelas Pemantapan

Sepanjang tempoh pemantauan selama 6 bulan, peserta perlu hadir ke kelas pemantapan sebanyak 3 sesi untuk memantapkan lagi kemahiran urutan.

Tenaga Pengajar

Deqsha seorang jurusolek artis yang berpengalaman dan berkemahiran.

Kos Kursus Solekan Profesional

Yuran kursus solekan profesional merangkumi kos latihan teori dan praktikal, kelas pemantapan, kos pemantauan dan barangan lengkap memulakan perniagaan. Bayaran balik pinjaman serendah RM43 seminggu amat mudah dilunaskan dengan pendapatan hasil solekan.

Yuran Program

RM 4000

Per Program*Pinjaman Hijrah disediakan untuk yang layak (pilihan)

Bayaran Pinjaman Hijrah

RM 43

Mingguan*Tempoh bayaran 3 tahun

Syarat Kelayakan Peserta

Syarat kelayakan pinjaman Hijrah adalah seperti di bawah. Proses mudah sepantas 14 hari. Jika anda tidak berminat dengan pinjaman Hijrah dan berhasrat meneruskan kursus dengan dana sendiri, sila klik Sertai Kursus.

Wanita 24-60 tahun

Menetap Di Selangor

Minat Bidang Solekan

Tiada Pinjaman Hijrah Semasa

Satu pinjaman Hijrah Satu Rumah

Jom Tonton Kursus Solekan Profesional Yang Lepas!