Kursus Rawatan Selepas Bersalin

(Berserta Pinjaman Hijrah Selangor)

Kursus Rawatan Selepas Bersalin merupakan salah satu Program Zero To Hero anjuran Hijrah Selangor khas untuk warga Selangor dalam usaha menambahkan lagi pendapatan rakyat Selangor.

TISAS Academy merupakan syarikat anchor lantikan Hijrah Selangor yang bertanggung jawab untuk melatih lebih ramai juruterapi rawatan berpantang dan menjana ekonomi rakyat negeri Selangor.

Pinjaman khas diberikan untuk peserta yang berminat menyertai program.

Dengan kos pinjaman sebanyak RM5,000, peserta akan menerima latihan dan barangan mobile spa. Setelah mendapat latihan dan yakin dengan kemahiran dipelajari, peserta boleh terus menjana pendapatan dengan kemahiran dan barangan yang diterima.

Proses kelulusan pinjaman sangat mudah, mengambil tempoh seawal 14 hari.

Bayaran balik juga tidak membebankan, cuma RM53/ minggu.

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi Cik Salwaizzati 018-365 8988.

Topik Kursus Rawatan Selepas Bersalin

Topik yang akan dipelajari dalam kursus rawatan selepas bersalin 5 hari ini adalah seperti di bawah. Setiap 2 bulan, peserta perlu hadir untuk kelas pemantapan sebanyak 3 sesi untuk memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Urutan
Selepas Bersalin

Urutan selepas bersalin, urutan mengandung, urutan meroyan, urutan keguguran, sengkak, bertungku.

Rawatan
Selepas Bersalin

Rawatan selepas bersalin seperti bertangas kering dan basah, lulur badan, param, pilis, tapel, berbengkung dan mandian herba.

Nutrisi
Ibu Berpantang

Ilmu makanan ibu semasa berpantang oleh pakar nutrisi.

Penyusuan
Bayi

Teknik menyusukan bayi secara ekslusif.

Pengurusan
Bayi

Cara menguruskan bayi seperti mandian dan urutan bayi.

PengurusanPemasaran, Operasi dan Kewangan

Kaedah menguruskan perniagaan iaitu pengurusan pemasaran, operasi dan kewangan.

Kelebihan Kursus Rawatan Selepas Bersalin Anjuran TISAS Academy

Kursus Intensif 5 Hari

Kelas diadakan secara intensif dan padat, penuh dengan ilmu teori dan kemahiran. Sesuai untuk wanita berminat namun sibuk.

Barangan Lengkap

Barangan lengkap mula perniagaan disediakan. Peserta boleh jana pendapatan sebaik tamat kelas.

Pinjaman Disediakan

Tiada modal? Jangan bimbang. Pinjaman Hijrah Selangor disediakan. Bayaran balik serendah RM53/minggu. Lihat syarat kelayakan untuk pinjaman di bawah.

Kelas Pemantapan

Sepanjang tempoh pemantauan selama 6 bulan, peserta perlu hadir ke kelas pemantapan sebanyak 3 sesi untuk memantapkan lagi kemahiran urutan.

Sokongan dan Pemantauan

Sokongan dan pantauan selama 6 bulan akan diberikan terutama sokongan di atas talian.

Sokongan Pemasaran

Peserta dipasarkan di website www.tinispa.com.my dan bekerjsama dengan agen pemasaran untuk mendapat pelanggan.

Kos Kursus Rawatan Selepas Bersalin

Yuran kursus rawatan selepas bersalin merangkumi kos kursus intensif, kelas pemantapan, kos pemantauan dan barangan lengkap memulakan perniagaan. Bayaran balik pinjaman serendah RM53 seminggu amat mudah dilunaskan dengan pendapatan hasil urutan dan rawatan selepas bersalin.

Yuran Program

RM 5000

Per Program*Pinjaman Hijrah disediakan untuk yang layak (pilihan)

Bayaran Pinjaman Hijrah

RM 53

Mingguan*Tempoh bayaran 3 tahun

Syarat Kelayakan Peserta

Syarat kelayakan pinjaman Hijrah adalah seperti di bawah. Proses mudah sepantas 14 hari. Jika anda tidak berminat dengan pinjaman Hijrah dan berhasrat meneruskan kursus dengan dana sendiri, sila klik Sertai Kursus.

Wanita 24-60 tahun

Menetap Di Selangor

Minat Bidang Urutan

Tiada Pinjaman Hijrah Semasa

Satu pinjaman Hijrah Satu Rumah

Jom Tonton Kursus Rawatan Selepas Bersalin Yang Lepas!