Aromatherapy Face & Body Massage Oil - (Lemongrass)Tips Kesihatan

7 Cara Menghilangkan Stress Yang Jarang Kita Dengar

By April 16, 2020 No Comments
Cara menghilangkan stress

Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi. Walaupun semua orang tahu bahawa tekanan adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak produktif, anda tetap merasa bimbang mengenai perkara yang anda tidak boleh ubah. Bagaimana jika saya memberitahu anda terdapat 7 cara menghilangkan stress yang jarang kita dengar? Ada beberapa cara mudah dan unik tau.

1. MELUKIS MENGGUNAKAN JARI

melukis+menggunakan+jari

Ekspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan. Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya.

2. URUTAN PADA TELINGA

Anda mungkin ketawa mendengar hal ini, tetapi mengurut telinga sebenarnya adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Cara untuk melakukannya adlah dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.

3. BERI GANJARAN PADA DIRI ANDA

ganjaran+kepada+diri+sendiri

Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini. Bukankah makan aiskrim juga satu ganjaran? Sama juga dengan membeli handbag baru?

4. LIHAT KEINDAHAN ALAM

keindahan+alam

Kajian menunjukkan dengan melihat alam, dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya. Jika berada di hutan konkrit, lihatlah kawasan hijau di luar pejabat. Keluar sebentar untuk melihat alam semulajadi.

5. LETAKKAN POKOK DI ATAS MEJA ANDA

letakkan+pokok+diatas+meja

Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.

6. MAKAN MAKANAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN TEKANAN

Mungkin ada dia antara anda yang tidak tahu kewujudan makanan yang dapat menghilangkan tekanan. Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan.

7. MENGHIDU EPAL

menghidu+bau+epal

Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.

Seperti yang dapat anda lihat terdapat pelbagai cara menghilangkan stress. Jika tekanan sering berlaku kepada anda, anda boleh mencuba mana-mana teknik ini untuk memastikan bahawa anda menikmati kehidupan yang ceria serta bebas dari tekanan!

_____________________________________________________________________________

Untuk dapatkan lebih banyak info, anda boleh visit ke https://www.facebook.com/tisasacademy/ atau https://www.instagram.com/tisasacademy/?hl=en. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga hubugi 018-365 8988 atau klik je link www.wasap.my/60183658988/tisasacademy.

Leave a Reply