Kursus Rawatan Selepas BersalinTips Kesihatan

5 Tips Untuk Kekal Cergas Ketika Hamil

By April 16, 2020 No Comments
happy+pregnant

Sepanjang proses ini, tubuh anda sebenarnya sedang bekerja keras untuk membekalkan keperluan bagi janin yang sedang dikandungkan. Maka, jangan biarkan letih anda berterusan kerana ia boleh menjadi lebih serius dan mengganggu anda. Cubalah 7 tips kekal cergas ketika hamil di bawah ini:

1. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL

Ironiknya, apabila badan terasa ‘berat’ inilah masanya anda perlu lebih banyak bergerak. Namun, anda tidak perlu menjalankan senaman yang sukar, cukuplah sekadar aktiviti yang santai seperti berjalan di taman. Selain berjalan, berenang merupakan kerana badan anda akan berasa ringan dan terapung ketika berada di dalam air. Aktiviti fizikal lain yang boleh dijalankan termasuklah yoga, aerobik berimpak rendah, dan tarian. Tapi, jika anda seorang yang aktif dan rajin bersukan, pastikan rejim senaman anda turut disesuaikan dengan kadar kehamilan.

yoga+ketika+hamil

2. HIRUP UDARA SEGAR

Rimas betul rasanya kena duduk rumah saja sejak mengandung. Menurut pakar, udar segar di luar dapat membantu untuk mengekalkan kecergasan badan. Bila kita terperap di rumah, kita asyik menghirup udara yang sama dan membuat kita lebih terdedah pada bakteria. Jadi, keluarlah dan hirup udara segar. Udara pagi mengandungi oksigen dalam jumlah yang banyak dapat membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Pasti anda berasa lebih tenang dan bertenga.

3. MAKAN SEDIKIT TETAPI KERAP

Kajian telah membuktikan bahawa saiz hidangan makan yang sedikit tetapi menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak. Maka, anda digalakkan untuk mengambil 5 hidangan kecil setiap hari berbanding 3 hidangan utama yang anda biasa ambil pada waktu pagi, tengahari, dan malam. Bagi anda yang suka mengunyah, isi tenaga anda dengan kudapan yang segar dan berkhasiat tinggi seperti  badam, serta buah-buahan setiap empat jam untuk kekal cergas.

healthy+food

4. PILIH MAKANAN SIHAT

Ibu mengandung perlu prihatin tentang jumlah makanan yang diambil. Lebihkan tenaga dengan mengambil protein, karbohidrat yang tidak diproses dan lemak sihat. Protien adalah sumber tenaga baik untuk kita dan tumbesaran si bayi. Lebihkan pengambilan ayam, ikan dan tauhu. Walaupun karbohidrat sering mendapat reputasi yang buruk, ia merupakan sumber tenaga yang penting dalam pemakanan seharian kita. Gantikan nasi dan pasta dengan karbohidrat sihat seperti bijirin penuh dan roti mil.

5. REHAT YANG BERKUALITI

Kelesuan ketika mengandung juga dapat dicegah dengan mendapatkan rehat yang secukupnya. Lupakan sementara segala kerisauan anda dan pergilah berurut. Dapatkan urutan khas untuk ibu mengandung. Anda juga boleh mandi di dalam rendaman air suam dengan beberapa titis minyak aromaterapi yang menenangkan sebelum masuk tidur.Pastikan anda tidur lebih awal dan dapatkan ‘power nap’ pada waktu tengahari jika sempat. Elakkan minum air sebelum tidur supaya anda tidak perlu ke tandas tengah malam.

rehat+berkualiti

6. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Mengandung atau tidak, antara punca utama keletihan ialah kekurangan air dalam badan. Maka, bagi ibu mengandung hendklah lebihkan pengambilan air kosong. Air kosong ini terlalu banyak manfaatnya. Tidak kira sama ada anda hamil atau tidak, letih, lesu, dan mengantuk juga boleh berpunca daripada kehausan. Oleh itu, pastikan tubuh anda mendapat air yang secukupnya pada setiap masa. Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

minum+air+kosong

7. MANDI DENGAN KERAP

Di Malaysia, faktor panas dan kelembapan menyebabkan kita bertambah letih dan kurang selesa akibat peluh. Mandi sebenarnya dapat meredakan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, anda juga digalakkan berendam di dalam kolam air suam di rumah untuk merehatkan otot-otot yang telah penat bekerja pada waktu siang. Cuba titiskan aroma menyegarkan dalam tab mandi sebagai terapi bagi anda yang sukar untuk tidur pada waktu malam.

AKHIR KATA

Mengandung, mengandung juga. Namun ia bukan alasan untuk kita asyik nak baring dan tidur sepanjang masa. Pastikan diri kita kekal cergas. Bagaimana dengan anda? Ada tips lain untuk kekal cergas semasa hamil?

______________________________________________________________________________

Anda ingin lebih mengetahui tentang penjagaan ibu mengandung? Boleh visit ke https://www.facebook.com/tisasacademy/ atau https://www.instagram.com/tisasacademy/?hl=en. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga hubugi 018-365 8988 atau klik je link www.wasap.my/60183658988/tisasacademy.Di Tisas Academy juga ada pelbagai program yang disediakan untuk ibu selepas bersalin.

Leave a Reply