Kursus KemahiranTambah pendapatan

5 Sebab Anda Perlu Memilih Perniagaan Mobile Spa

By April 16, 2020 No Comments

Ramai golongan wanita yang telah memperolehi pendapatan secara sambilan dan sepenuh masa melalui perniagaan mobile spa. Mahukah anda memiliki pendapatan lumayan, masa yang flexible, dan bercuti ke luar negara seperti ini dengan hanya menjalankan perniagaan mobile spa tanpa perlu menyentuh duit gaji atau duit simpanan anda? Jadi, dibawah ini adalah sebab anda perlu memilih perniagaan mobile spa untuk menjana pendapatan.

perniagaan+mobile+spa

1. Modal Yang Rendah, Pulangan Yang Besar

Anda percaya atau tidak dengan mobile spa anda hanya memerlukan modal yang rendah. Mobile spa tidak perlukan kedai. Kami faham ramai yang nak bisnes tapi bila mengenangkan nak buka kedai. Hasrat mereka terbantut. Tahukah anda, nak setup kedai SPA yang cantik-cantik tu, kita kena ada modal yang beratus ribu RM. Tak caya tanyalah para pengusaha Kedai SPA sendiri. Berapa modal mereka nak mulakan kedai SPA.

2. Rendah Risiko

Ramai dikalangan anda fikir sekiranya nak bisnes mesti ada kedai. Mesti perlu modal yang besar. Paling kurang pun anda perlukan ribuan ringgit yang dilaburkan untuk buka kedai. Dah tentu risikonya pun besar. Kita tak tahu lagi untung ke rugi bisnes kita. Sekiranya untung dan balik modal. Tambahan lagi, anda tidak perlu fikir nak cari staff, nak bayar bil utiliti kedai, tak perlu fikir kos marketing dan lain-lain yang pasti memeningkan kepala.

3. Permintaan Yang Tinggi

Ye, bisnes yang paling mudah ialah bisnes yang melibatkan wanita. Perniagaan mobile spa adalah dari wanita untuk wanita. Anda bayangkan, ramai wanita letih bekerja. Tak kira sama kerja sendiri atau kerja makan gaji. Ramai dikalangan mereka yang tiada masa nak ke spa. Leceh nak parking dan kos servis yang lebih mahal menyebabkan permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan mobile spa. Tambahan lagi, ramai dikalangan wanita sukakan kecantikan. Disebabkan itu, perniagaan mobile spa sangat mendapat sambutan hebat. Malah, bisnes Mobile SPA ini sentiasa ada pelanggan tetap.

permintaan+yang+tinggi

4. Masa yang Fleksible

Seterusnya, sebab anda perlu memilih perniagaan mobile spa adalah kerana anda tidak terikat dengan masa yang tetap seperti anda bekerja di pejabat dari jam 6 pagi hingga 6 petang. Selain itu, anda juga boleh tetapkan masa yang bersesuaian dan keselesaan anda dan pelanggan. Anda juga boleh buat secara part-time job. Waktu makan tengahari pun anda boleh buat melayan pelanggan yang ingin menempah slot.

5. Bisnes Portable ( boleh dijalankan di mana-mana )

Mobile SPA ini saya percaya adalah satu-satunya bisnes portable, boleh dijalankan di mana-mana saja tempat yang bersesuaian. Mobile spa boleh dilakukan di rumah sendiri, rumah pelanggan, di pejabat, di hotel, di surau atau di mana saja tempat yang dipersetujui antara beautician dan pelanggan. Sebab itulah mobile spa adalah bisnes yang tepat tanpa kedai yang boleh dijalankan di mana-mana saja (rumah sendiri atau rumah customer) dengan kos yang sangat minimum.

bisnes+portable

______________________________________________________________________________

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak program kemahiran yang dapat menambah pendapatan anda, boleh visit ke https://www.facebook.com/tisasacademy/ atau https://www.instagram.com/tisasacademy/?hl=en. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga hubugi 018-365 8988 atau klik je link www.wasap.my/60183658988/tisasacademy kerana pihak Tisas ada menyediakan pelbagai program mobile spa untuk dipelajari.

Leave a Reply